Program anak angkat

program ini bertujuan mendekatkan diri para pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi menyesuaikan diri untuk hidup di kg.merasai sendiri betapa aman dan harmoninya hidup di kg.pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan diadakan.

majlis khatam al-Quran

majlis ini akan diadakan di masjid kg.bkt choras..peserta program terdiri drpd golongan muda-mudi.ia bertujuan mendekatkan anak muda dgn aktiviti keagamaan.selain khatam al-quran,aktiviti seperti forum perdana turut diadakan

karnival jom masuk u

karnival ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada pelajar lepasan spm/stpm untuk mendapatkan maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi samada awam@swasta

hari guru 1 malaysia

semua sekolah di malaysia akan menyambut hari guru..so slamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia terutama guru yg telah mengajar saya!!TERIMA KASIH GURU-GURUKu..

hari belia negara

hari belia akan disambut di PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE(PICC) xlama lagi.sempena dgan program ini karnival JOMHEBOH turut diadakan..

Followers

Friday, May 7, 2010

sejarah uitm

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".

kolej matrikulasi kpm

pda 10 mei 2010 pelajar-pelajar yg menerima surat tawaran ke kolej matrikulasi akan mendaftar di kolej yg telah ditetapkan.program yg ditawarkan adalah sains&perakaunan.

selamat hari ibu

kepada ibu-ibu tersayang,terutama ibuku yang dicintai..SELAMAt HARI IBU!!jasa & pengorbanan ibu sangat berharga dan x ternilai..semoga ibu menyambut hari yg bersejarah ini dgn gembira disamping anak-anak tersayang....tanggal 10 mei.HAPPY MOTHER DAY!!

tarikan di kedah

click for more info Pulau Dayang Bunting - Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.
click for more info Pulau Langkawi - Gugusan 99 buah pulau, Langkawi menawarkan pantai indah, kemudahan taraf antarabangsa, barangan bebas-cukai, serta legenda yang memukau.
click for more info Muzium Padi - Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan cara tradisional sehingga moden.

sejarah utusan malaysia

Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah.

Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. [1]Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia.